Batu Pahat Homestay

Selamat datang ke laman blog Batu Pahat Homestay!! Kami menyediakan penginapan yang selesa dan memenuhi bajet anda .

Batu Pahat Homestay

Terletak di 3 kawasan berbeza di daerah Batu Pahat, kami menjanjikan kemudahan yang terbaik dengan harga yang berpatutan.

Batu Pahat Homestay

Lokasi kami yang strategik akan menjadikan perjalanan anda lebih mudah dan lancar. Anda boleh google map kami sekarang!

Batu Pahat Homestay

Kami mengalu-alukan kedatangan anda di Homestay kami. Sila layari Tentang Kami untuk mengetahui lebih lanjut tentang kami semua di sini.

Batu Pahat Homestay

Nikmati kemudahan dan pengalaman yang berbeza di setiap homestay kami. Kami turut menyediakan peralatan untuk aktiviti riadah anda.

Showing posts with label intro. Show all posts
Showing posts with label intro. Show all posts

Hubungi Kami


Anda boleh menghubungi kami di business card tertera di atas untuk tempahan dan pertanyaan lebih lanjut mengenai Batu Pahat Homestay~!

Untuk booking, boleh hubungi terus Puan Masenah di talian : 012-3553693
(*anda akan dihubungi semula sekiranya panggilan tidak berjawab. Kebiasaanya pada
waktu2 sembahyang dan waktu berkebun pagi dan petang)

Untuk quotation atau sebut harga bagi pakej homestay dan perkahwinan, anda boleh emailkan pertanyaan anda ke : yasmoon.ahmad@yahoo.com

Batu Pahat Homestay sudah berdaftar

Salam~!

Untuk pengetahuan semua, Batu Pahat Homestay telah didaftarkan under SSM pada Mei yang lepas. Nombor pendaftaran syarikat kecil kami ialah 001954097-M.

Perakuan Pendaftaran Perniagaan ini boleh didapati di Homestay2 kami. Jangan risau untuk berurusniaga dengan kami kerana syarikat kami tertakluk di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956.

Terima kasih atas sambutan yang sangat menggalakkan dari semua pelanggan sepanjang tahun ini. Kami akan melancarkan perniagaan baru iaitu Batu Pahat Food pada Julai 2010. Kami akan post info lanjut mengenai perniagaan ini di blog pada masa akan datang.

Batu Pahat Food menyediakan rempah ratus beriyani terkenal Batu Pahat, aneka kerepek yang boleh dibeli secara pukal, acar buah, dan banyak lagi. Nantikan kemunculannya!

Batu Pahat Homestay

Assalamualaikum,

Batu Pahat Homestay merupakan salah satu perniagaan kecilan yang dikelolakan oleh keluarga Tuan Hj Ahmad Ali dan Puan Hjh Masenah Ishek. Menetap di Batu Pahat, Johor lebih daripada 60 tahun, pelbagai kemudahan infrastruktur dan pembangunan telah berlaku di daerah ini dan sekaligus memberi peluang kepada keluarga kami menceburi bidang perniagaan ini.

Mendapat idea daripada konsep Inggeris 'Bed & Breakfast', keluarga kami juga pernah berdepan dengan masalah-masalah penginapan terutamanya untuk keluarga yang besar dan mempunyai anak kecil yang ramai. Masalah bajet untuk menginap di hotel, masalah makanan yang sukar dicari di tempat orang, parking bas, aktiviti lain yang boleh dilakukan dan lain-lain.

Memahami situasi tersebut, kami telah mengambil inisiatif untuk memulakan perniagaan ini dengan menggunakan rumah milik sendiri di 3 lokasi yang berbeza di daerah Batu Pahat sendiri.
Homestay ini telah dilengkapi dengan segala keperluan perabot seperti katil, sofa, dapur, peralatan memasak dan tv dengan harga yang sangat berpatutan!

Homestay kami amat sesuai untuk:

a) Rombongan kenduri kahwin (pernah menampung seramai 60 orang dalam 1 masa)
b) Road tour untuk mempromosi barang
c) Kerja-kerja outstation
d) Konvokesyen di IPTA/IPTS/Kolej dan lain-lain

Kami mengalu-alukan kedatangan anda semua ke laman blog ini dan seterusnya ke kediaman kami - Batu Pahat Homestay! Terima kasih kerana melayari laman ini!!


Ikhlas daripada,
Keluarga Hj Ahmad Ali & Hjh Masenah Ishek
Batu Pahat Homestay
2010/2011

Kongsi