Untuk mereka yang baru pertama kali ke Batu Pahat, tempat2 berikut adalah antara tempat yang menjadi tumpuan untuk mengisi masa anda sambil membeli belah:
Pekan Ayer Hitam
Titik pertemuan dua daerah - Batu Pahat dan Kluang. Tarikan utama Ayer Hitam ialah kelengkapan barang2 perkahwinan selain barangan seramik (Kilang Claytan ada di sini) yang dijual pada harga yang sangat berpatutan. Selain itu, barang2 soft toys untuk kanak2 dan hasil pertanian tempatan turut boleh didapati di sini.
Pasar Karat
Menjadi favourite untuk mereka yang ingin mencari barang2 high end, tetapi second hand!! Barang2 ini datangnya dari Singapura dan dibawa masuk oleh mereka yang tinggal di kawasan2 berdekatan jeti. Pasar karat menjanjikan harga termurah (boleh tawar lagi) untuk barangan yang bermutu tinggi. Selalunya lepas Subuh dah penuh dah tempat ni, kena pergi awal pagi!!
Batu Pahat Mall
BP Mall terletak di Kampung Istana Batu Pahat, merupakan sebuah shopping complex terbaru yang dilengkapi dengan panggung wayang dan lain2 lagi. Semua kelengkapan dan kedai2 yang ada menjanjikan keselesaan anda. Untuk info lebih lanjut :
http://en.wikipedia.org/wiki/Batu_Pahat_Mall
Carefour Batu Pahat
Carefour terletak tidak jauh dari BP Mall iaitu di Bukit Pasir Batu Pahat. Seperti di negeri dan kawasan lain, Carefour Batu Pahat menjual segala keperluan anda pada harga yang sangat berpatutan.
The Summit Batu Pahat
Another shopping complex di Batu Pahat yang menawarkan pelbagai barangan keperluan dan lain2 lagi. Terletak di Jalan Bakau Condong Batu Pahat, The Summit merupakan tumpuan kebanyakan remaja untuk hang out dan mencari hiburan.
Square One Shopping Complex
Terletak bersebelahan dengan Carefour Batu Pahat. Seperti di shopping complex lain, Square One mempunyai Parkson yang menjual pelbagai kelengkapan harian. Di sini juga terdapat panggung wayang MBO untuk movie2 terkini.
Itu sahaja untuk kali ini. Gambar dan info lebih lanjut akan kami upload dari masa ke semasa. :)
Membeli Belah
6:29 PM
Admin