Makanan

Nasi Beriyani
Batu Pahat terkenal dengan nasi beriyaninya yang lazat. Selain daripada majlis kenduri kendara, nasi beriyani original Batu Pahat boleh didapati di restoran2 di bandar Batu Pahat dengan harga yang sangat murah (RM 5.50 untuk ayam, RM 6.00 untuk kambing). Berikut merupakan antara kedai Nasi Beriyani famous Batu Pahat:

Nasi Beriyani Md Shah - ke arah Peserai, berdepan dengan Hospital Swasta
Nasi Beriyani Gam - di Taman Soga, berdekatan dengan Hospital Batu Pahat
Nasi Beriyani Gam - di Taman Bukit Pasir, sederet dengan Farmasi Kinabalu



Mee Racun
Mee racun Batu Pahat juga terkenal kerana namanya yang cukup unik. Sudah berada di Batu Pahat lebih dari 30 tahun, mee racun boleh didapati di 2 kedai berbeza:

Mee Racun - di depan Supreme Batu Pahat
Mee Racun - di food court belakang balai bomba lama

Harus cuba mee ini kerana rasanya yang cukup memukau!!


Asam Pedas
Asam Pedas juga menjadi makanan utama di kalayak orang ramai. Asam pedas biasanya akan dihidangkan untuk makan tengah hari bersama nasi putih. Hampir semua restoran di Batu Pahat menyediakan lauk ini tetapi, ada beberapa yang masih terkenal di kalangan orang lama hingga ke hari ini

Asam Pedas Odeon - di panggung lama Odeon, berhadapan dengan hotel
Asam Pedas Mak Jah - di belakang Fajar lama

Saya akan update tentang asam pedas ini pada post akan datang!!



Cendol Pak O
Cendol Pak O sangat terkenal kerana kehalusan cendol buatan sendiri dan ais yang diparut bersamanya. Dengan harga RM 1, 1 mangkuk mungkin tidak cukup!! Cendol Pak O boleh didapati di beberapa kawasan kerana permintaannya yang sangat tinggi! Kami biasanya akan memesan cendol dan goreng pisang dilawan dengan sambal kicap..sungguh SEDAP!!

Cendol Pak O @ Station Bas Baru Batu Pahat
Cendol Pak O @ Stesen Bas Lama Jalan Omar, Batu Pahat
Cendol Pak O @ Jalan Pasar (HQ)


Kerepek
Batu Pahat juga terkenal dengan kilang2 pengeluaran kerepek yang banyak. Kebanyakan pengedar mendapatkan bekalan mereka dari kilang2 ini di sekitar Jalan Simpang Lima ke arah Parit Sulong. Kerepek2 ini diproses dan dipek di kilang tersebut oleh orang2 kampung. Sila maklumkan kepada kami sekiranya anda ingin ke kilang2 ini!!

Sup Sitam
Sup sitam sudah terkenal sejak tahun 70-an. Pelbagai jenis sup disediakan termasuk sup lidah, ekor, ayam, daging, kambing, gear box dan lain-lain. Waktu beroperasi Sup Sitam ini adalah dari 6.30 petang hingga lewat malam. Lokasinya yang strategik iaitu di Batu Pahat Walk (Berhadapan Pos Batu Pahat), anda pasti terpukau dengan kepekatan dan kelazatan sup sitam ini.

Selain dari tempat2 famous yang disenarai di atas, Batu Pahat juga mempunyai tempat2 makanan moden seperti fast food - McDonald (3), KFC (4), Pizza Hut(3), Big Apple, Kenny Rogers, Ayamas, Rasamas, Secret Recipe, Sushi King dan lain2 lagi.

Kongsi