Batu Pahat Homestay

Assalamualaikum,

Batu Pahat Homestay merupakan salah satu perniagaan kecilan yang dikelolakan oleh keluarga Tuan Hj Ahmad Ali dan Puan Hjh Masenah Ishek. Menetap di Batu Pahat, Johor lebih daripada 60 tahun, pelbagai kemudahan infrastruktur dan pembangunan telah berlaku di daerah ini dan sekaligus memberi peluang kepada keluarga kami menceburi bidang perniagaan ini.

Mendapat idea daripada konsep Inggeris 'Bed & Breakfast', keluarga kami juga pernah berdepan dengan masalah-masalah penginapan terutamanya untuk keluarga yang besar dan mempunyai anak kecil yang ramai. Masalah bajet untuk menginap di hotel, masalah makanan yang sukar dicari di tempat orang, parking bas, aktiviti lain yang boleh dilakukan dan lain-lain.

Memahami situasi tersebut, kami telah mengambil inisiatif untuk memulakan perniagaan ini dengan menggunakan rumah milik sendiri di 3 lokasi yang berbeza di daerah Batu Pahat sendiri.
Homestay ini telah dilengkapi dengan segala keperluan perabot seperti katil, sofa, dapur, peralatan memasak dan tv dengan harga yang sangat berpatutan!

Homestay kami amat sesuai untuk:

a) Rombongan kenduri kahwin (pernah menampung seramai 60 orang dalam 1 masa)
b) Road tour untuk mempromosi barang
c) Kerja-kerja outstation
d) Konvokesyen di IPTA/IPTS/Kolej dan lain-lain

Kami mengalu-alukan kedatangan anda semua ke laman blog ini dan seterusnya ke kediaman kami - Batu Pahat Homestay! Terima kasih kerana melayari laman ini!!


Ikhlas daripada,
Keluarga Hj Ahmad Ali & Hjh Masenah Ishek
Batu Pahat Homestay
2010/2011

Kongsi