Rekreasi

Terdapat beberapa tempat di Batu Pahat yang menjadi tumpuan penduduk tempatan dan orang ramai untuk berekreasi dan beriadah. Antaranya :

Dataran Penggaram Batu Pahat
Di dataran ini terletak simbol Batu Pahat itu sendiri iaitu tangan yang memahat batu sempena mengingati sejarah daerah ini sendiri. Dibina semula pada tahun 1990, dataran ini telah dijaga rapi oleh MDBP dan pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang tahun. Dikelilingi dengan padang dan taman, tempat ini sesuai untuk berkelah dan bersantai bersama keluarga. Aktiviti karaoke dan pasar malam turut disediakan pada hari2 tertentu.

BP Walk
Untuk mereka yang gemar berjalan, BP Walk adalah antara tempat yang patut anda lawati lebih2 lagi pada waktu malam. Selain pelbagai gerai menjual makanan tempatan yang terbaik, terdapat juga barang2 yang dijual pada harga berpatutan. Di sini juga terdapat kemudahan2 perbankan seperti CIMB, Maybank, Bank Islam, HSBC, AmBank dan lain2.

Tasek Y
Tasek Y merupakan tasek artificial yang terletak berhampiran Tman Soga Batu Pahat. Menyediakan track jogging, dataran aerobic, tempat mainan kanak2 dan stall makanan, Tasek Y adalah tempat ideal untuk berekreasi waktu petang dan hujung minggu.

Minyak Beku
Untuk info lebih lanjut mengeai pantai minyak beku, boleh layari laman web ini:
http://www.mbaresort.com/index.html

Kongsi